Monday, November 25, 2013

Check-up kali kedua dan buka simen

25/07/13
---------

Mula-mula pergi x-ray. Kerusi roda tak ada pulak jadi bertongkat je ke hulu ke hilir. Penat juga, tambahan tengah bulan ramadhan.

Tengok x-ray tu lebih kurang sama je dengan masa mula-mula patah. Saya fikir mungkin tak boleh buka simen.

Tapi doktor kata boleh buka. Leganya hati. Walaupun ngeri tengok pekerja hospital tu potong simen, takut terpotong kaki. Sebenarnya dia guna pemotong special yang boleh potong simen tapi tak melukakan kaki. Sekejap saje dan tak sakit pun.

Doktor kata dah boleh jalan. Kena pergi fisioterapi. Kaki bengkak. Tak muat nak pakai selipar jadi masih jalan pakai tongkat dan pijak satu kaki je.

Doktor bagi mc sampai 22/08. Hampir sebulan juga sedangkan mc di tempar kerja hanya setakat 2 bulan. Kalau nak sambung kena tolak annual leave atau unpaid.

Bila buka simen paling best adalah dapat mandi sepuas2nya.

Tapi yang frust lepas buka simen saya masih tak dapat berjalan. Kaki ni terasa keras dan kaku. Otot betis pun dah mengendur dan mengecil. Kaki bengkak dan amat sakit bila diturunkan ke lantai. Kaki juga bertukar kaler jadi merah hitam.

To be continued..

No comments:

Post a Comment