Tuesday, November 19, 2013

Patah kaki - hari ketiga

11/06/2013
------------

Doc bagi option untuk simen fiber atau simen biasa yang putih tu. Simen fiber kena beli. Kalau tak silap rm34 satu paket. Simen fiber ni lebih ringan dari simen biasa. Tongkat pun kena beli.

Simen fiber tu ada mcm2 kaler tp masa tu cuma ada biru. macam pelik juga bila pasang simen hampir ke paras lutut padahal patahnya dekat area kaki je.



Lepas pasang simen, ada doc fisioterapi ajar macamana nak guna tongkat.  Tak la susah sangat nak guna tongkat ni cuma mula2 tu takut juga. Kena guna tongkat ketiak.



Lepas amik xray lagi sekali saya dah bleh discharged. Lega rasanya.

Mula2 fikir nak duduk tingkat bawah je tapi bila nak pergi toilet susah sebab toilet cangkung. Jadi ambil keputusan untuk duduk tingkat atas je. Macamana nak naik pakai tongkat? Memang tak pandai. Jadi kena la naik tangga dengan cara duduk. Sampai juga. Dan bertapa la saya di tingkat atas tu selama 4 minggu.

Kat situ la bilik, kat situ la dapur.

Nasib baik ada wifi dan laptop, saya buat kerja dari rumah selama Mc. Selain tu aktiviti utama baca buku cerita. Memang banyak buku dapat baca. Dah habis buku baru, baca balik buku lama.

To be continued..

No comments:

Post a Comment