Tuesday, December 10, 2013

Fisiology kali pertama

30/07/13
---------
Fisio kali pertama. Tak ada buat apa-apa sangat sebab kaki masih bengkak jadi cuma tuam ais dan angkat2 kaki dan buat stretching sikit. Tiap-tiap hari kena buat dekat rumah.

Appointment seterusnya pada 22/08. Lamanya nk tunggu...

Wednesday, December 4, 2013

Urut kaki

27/07/13
---------
2 hari lepas buka simen kaki msh sakit sangat bila turunkan dan pijak lantai, sebab darah turun. Lepas tu bengkak dan tukar kaler jadi hitam sebab darah tak naik. Kaki pun keras je, tak boleh bengkok-bengkok.

Tuam kaki dengan ais dan air suam pun x de perubahan.

Ada ramai orang nasihatkan pergi urut dekat sorang cina yang memang terkenal kat kawasan sini dalam mengubatkan orang yang patah tulang.

Masa pergi tu org tu urut, sakit gila. Sampai terjerit2, macam nak lari je. Padahal jalan pun tak boleh. Lepas tu dia suruh jalan. Sakitnya kat tumit bila pijak simen.

Lepas tu dia urut lagi, bila jalan lagi dah kurang sakitnya. Tp dia cuma urut bhgn2 kaki yang lain tak urut tempat yang patah tu pun.

Lepas tu dia letak satu ubat macam gam kaler hitam kat kaki, dan kertas yang digulung2 kecil, macam lidi kat tempat yang patah. Pastu dia balut. Tak boleh kena air. Baunya tak sedap.




Monday, November 25, 2013

Check-up kali kedua dan buka simen

25/07/13
---------

Mula-mula pergi x-ray. Kerusi roda tak ada pulak jadi bertongkat je ke hulu ke hilir. Penat juga, tambahan tengah bulan ramadhan.

Tengok x-ray tu lebih kurang sama je dengan masa mula-mula patah. Saya fikir mungkin tak boleh buka simen.

Tapi doktor kata boleh buka. Leganya hati. Walaupun ngeri tengok pekerja hospital tu potong simen, takut terpotong kaki. Sebenarnya dia guna pemotong special yang boleh potong simen tapi tak melukakan kaki. Sekejap saje dan tak sakit pun.

Doktor kata dah boleh jalan. Kena pergi fisioterapi. Kaki bengkak. Tak muat nak pakai selipar jadi masih jalan pakai tongkat dan pijak satu kaki je.

Doktor bagi mc sampai 22/08. Hampir sebulan juga sedangkan mc di tempar kerja hanya setakat 2 bulan. Kalau nak sambung kena tolak annual leave atau unpaid.

Bila buka simen paling best adalah dapat mandi sepuas2nya.

Tapi yang frust lepas buka simen saya masih tak dapat berjalan. Kaki ni terasa keras dan kaku. Otot betis pun dah mengendur dan mengecil. Kaki bengkak dan amat sakit bila diturunkan ke lantai. Kaki juga bertukar kaler jadi merah hitam.

To be continued..

Friday, November 22, 2013

Check-up kali pertama

03/07/13
---------
Selepas lebih kurang tiga minggu terperap dalam bilik, ni hari pertama nak keluar untuk pergi check-up di hospital.

Mula-mula kena x-ray. Saya tengok tak ada perubahan langsung dari mula-mula patah dulu. Doktor kata ada tulang baru tumbuh tapi sikit sangat. Kecewa rasanya sebab tak sabar nak bukak simen dan bebaskan kaki ni. Tapi doktor kata teruskan pakai simen, next check-up pada 25/07. Tiga minggu lagi tu. Jadi sambung mc lagi.

Dalam mc pun saya sebenarnya masih support kerja-kerja di office melalui internet.  Cuma tak tahan duduk lama, kaki kebas rasa macam dicucuk-cucuk jarum

Kaki pulak asyik bengkak dan kulit pun dah jadi kering, kaler jari-jari dah bertambah gelap. Bila bengkak terasa sempit kaki dalam simen tu.  Nasib baik kurang gatal. Hanya sekali je terasa gatal yang amat sangat, tapi tak boleh garu, jadi tahan je la.

Doktor tak ada bekalkan apa-apa ubat jadi saya ambil supplement sendiri. Kalsium dan vitamin D.

To be continued...

Wednesday, November 20, 2013

Petua dan pantang larang patah tulang

Antara petua dan pantang larang untuk orang patah tulang yang saya jumpa online dan juga yang dipesankan oleh orang sekeliling:

- masa pakai simen kat kaki tidur kena letak kaki lebih tinggi, contohnya letak atas bantal supaya tak bengkak. Kalau duduk pun kena letak kaki lebih tinggi, jangan biarkan tergantung. Memang betul, letak kejap je atas lantai kaki dah bengkak, tukar kaler jadi hitam dan rasa ketat. Kaki pun rasa kebas macam kena cucuk-cucuk dengan jarum.

- jangan makan pisang. Katanya pisang tu kalau patah tak boleh cantum lagi, gitulah umpamanya tulang kita. Ada juga yang kata sebab pisang tu angin.

- jangan minum ais dan benda-benda sejuk, nanti tulang tak nak cantum.

- minum susu banyak-banyak.

- kaki kena gerak-gerakkan selalu, kalau tak nanti keras dan bila buka simen akan sakit.

- jangan makan benda yang gatal-gatal macam seafood, sotong, udang, kekacang. Takut gatal. Bila gatal tu memang siksa sebab tak boleh garu. Gatal macamana pun jangan masukkan kayu atau apa-apa untuk garu sebab takut luka dan kena jangkitan kuman.

- simen tu jangan kenakan air, nak mandi kena balut dengan plastik

Inilah je yang saya ingat dan cuba amalkan.

To be continued..

Tuesday, November 19, 2013

Patah kaki - hari ketiga

11/06/2013
------------

Doc bagi option untuk simen fiber atau simen biasa yang putih tu. Simen fiber kena beli. Kalau tak silap rm34 satu paket. Simen fiber ni lebih ringan dari simen biasa. Tongkat pun kena beli.

Simen fiber tu ada mcm2 kaler tp masa tu cuma ada biru. macam pelik juga bila pasang simen hampir ke paras lutut padahal patahnya dekat area kaki je.



Lepas pasang simen, ada doc fisioterapi ajar macamana nak guna tongkat.  Tak la susah sangat nak guna tongkat ni cuma mula2 tu takut juga. Kena guna tongkat ketiak.



Lepas amik xray lagi sekali saya dah bleh discharged. Lega rasanya.

Mula2 fikir nak duduk tingkat bawah je tapi bila nak pergi toilet susah sebab toilet cangkung. Jadi ambil keputusan untuk duduk tingkat atas je. Macamana nak naik pakai tongkat? Memang tak pandai. Jadi kena la naik tangga dengan cara duduk. Sampai juga. Dan bertapa la saya di tingkat atas tu selama 4 minggu.

Kat situ la bilik, kat situ la dapur.

Nasib baik ada wifi dan laptop, saya buat kerja dari rumah selama Mc. Selain tu aktiviti utama baca buku cerita. Memang banyak buku dapat baca. Dah habis buku baru, baca balik buku lama.

To be continued..

Friday, November 15, 2013

Patah kaki - hari kedua di wad

Assalamualaikum,

10/06/2013 - hari kedua di wad. Ada beberapa org doktor dtg check dan explain apa yg patut dibuat. Doktor bagi option sama ada psg simen atau operation letak besi. Katanya 50-50. Simen pun ok, operation ok. Saya fobia mak mentua meninggal dua thn lepas, sbb operation letak besi kat kaki. So saya pilih simen.

Mak dan abah datang melawat. Saje bagi tau lambat sebab tak nak diaorg panik bila dengar saya patah kaki. Ada officemate pun datang melawat juga, bawa susu. Ye la, orang patah kaki kena banyak ambil makanan yang tinggi kalsium. Tapi saya memang kurang minum susu.

Sempat jadi model untuk student perubatan buat praktikal exam. Bukan orang Malaysia agaknya, tak pandai cakap melayu, muka macam pak arab sikit. Kesian dia, kena marah dengan lecturernya, berpeluh2.

Ada satu doktor (senior sikit la agaknya) pulak ni memang tak patut betul marah2 doktor junior depan patient. Dah la kita sakit, kena dengar pulak orang nak bebel2 dan marah2. Tak profesional langsung.

Hari kedua ni tak ada buat apa2 pun. Duduk dan baring atas katil je. Lepas dapat GL dr tmpt kerja saya dapat pindah ke wad kelas 1. Dua orang satu bilik, aircond. Selesa dan nyaman sikit. Dapat tido lena. Mak tunggu malam tu.

To be continued...