Friday, November 22, 2013

Check-up kali pertama

03/07/13
---------
Selepas lebih kurang tiga minggu terperap dalam bilik, ni hari pertama nak keluar untuk pergi check-up di hospital.

Mula-mula kena x-ray. Saya tengok tak ada perubahan langsung dari mula-mula patah dulu. Doktor kata ada tulang baru tumbuh tapi sikit sangat. Kecewa rasanya sebab tak sabar nak bukak simen dan bebaskan kaki ni. Tapi doktor kata teruskan pakai simen, next check-up pada 25/07. Tiga minggu lagi tu. Jadi sambung mc lagi.

Dalam mc pun saya sebenarnya masih support kerja-kerja di office melalui internet.  Cuma tak tahan duduk lama, kaki kebas rasa macam dicucuk-cucuk jarum

Kaki pulak asyik bengkak dan kulit pun dah jadi kering, kaler jari-jari dah bertambah gelap. Bila bengkak terasa sempit kaki dalam simen tu.  Nasib baik kurang gatal. Hanya sekali je terasa gatal yang amat sangat, tapi tak boleh garu, jadi tahan je la.

Doktor tak ada bekalkan apa-apa ubat jadi saya ambil supplement sendiri. Kalsium dan vitamin D.

To be continued...

1 comment:

  1. Vip Casino Coupon Code: No Code - USMEMBER
    Save 카지노 BIG 카지노 with these Vip Casino Coupons Code: No Code - Vip Casino. rb88 Vip Casino has made the top 2 choices from the online casino category of 2021. Vip

    ReplyDelete