Thursday, November 14, 2013

Patah kaki

Assalamualaikum..

Since saya dh create blog baru untuk koleksi buku-buku cerita english second hand yg saya nak jual jadi blog yang ini saya tukar kepada blog peribadi untuk saya kongsi apa-apa cerita yang mungkin bermanfaat pada pembaca-pembaca semua.

Sekarang saya sedang MC yang amat panjang kerana patah kaki pada 09/06/13.  Saya terfikir untuk berkongsi kisah saya ni kerana saya juga kerap mencari dan meng'google' info-info tentang orang yang patah kaki terutamanya tentang rawatan, petua, pantang larang dan pengalaman.

09/06/13
---------
Lebih kurang pukul 4 petang saya semasa saya turun tangga dan hampir sampai ke bawah, saya ter'skip' satu anak tangga dan saya terus jatuh ke lantai. Kaki saya terlipat dan pada masa itu juga saya dengar bunyi 'crack' pada kaki saya.

Saya terus pergi ke klinik panel tempat saya bekerja dan bila x-ray memang confirm satu tulang kaki saya patah atau pun 5th metatarsal sebelah kiri.



Saya terus ke bahagian kecemasan di sebuah hospital pakar kerajaan dan terus masuk wad. Di hospital ambil beberapa x-ray lagi. Doktor pasangkan simen separuh saje, di bahagian bawah kaki.

Susahnya nak lelapkan mata di wad... di keliling katil macam-macam kes ada, yang kemalangan, yang kaki kena timpa pokok, yang potong kaki sebab kencing manis, yang putis jari dan lain-lain lagi. Ada yang meraung-raung kesakitan.

Inilah pengalaman saya yang pertama kali tinggal di wad hospital kerajaan.  Sebelum ini setiap kali pergi menziarahi orang sakit di wad, kerap kali saya pening dan rasa nak pitam... tapi kali ini saya pula jadi salah seorang pesakit.

Habis cerita untuk hari pertama... bersambung...


No comments:

Post a Comment